Rahsia Keyakinan Seksual Sebagai Seorang Wanita: Ketahui Manfaat Bola Kegel

Rahsia Keyakinan Seksual Sebagai Seorang Wanita: Ketahui Manfaat Bola Kegel

Tidak asing bagi kita untuk merisaukan tentang kekuatan dalaman tubuh terutama sekali aset kita sebagai seorang wanita iaitu Miss V kita. Disebabkan kekurangan pengetahuan tentang hal tersebut, kita sering tertipu dan terpedaya dengan produk tradisional yang overclaim untuk mengetatkan, mewangikan dan menganjalkan bahagian tersebut yang tidak berterus-terang kesan sampingannya.

 

 

Kerisauan Wanita Mengenai Kesihatan Miss V dan Keyakinan Diri

Antara perkara biasa yang dirisaukan oleh para wanita dan sesetengah hal menyebabkan hilang keyakinan diri adalah seperti:

1. Masalah orgasm

Kegagalan mencapai klimaks dalam perhubungan seks.

2. Kehamilan

Untuk bersiap sedia menghadapi proses melahirkan.

3. Selepas bersalin:

Otot vagina dan pelvik menjadi lemah dari biasa.

4. Kegagalan mengawal pundi kencing:

Kerap mengalami kebocoran kencing apabila anda melakukan perkara seperti senaman, ketawa, dan batuk yang kuat.

5. Sembelit

: Anda mengalami masalah yang sama dengan pergerakan usus dan cenderung berasa seolah-olah tidak dapat mengawal sesuatu ketika anda perlu pergi ke bilik mandi (inkontinens tinja)

6. Pembedahan di pelvik:

Anda menjalani pembedahan pada mana-mana organ yang terbabit di lantai pinggul, termasuk pundi kencing, rahim, usus atau rektum yang membuat anda sukar mengawal organ ini dengan betul.

7. Penuaan:

Kelemahan mengawal lantai pelvik atas faktor peningkatan usia.

8. Berat badan:

Berat badan berlebihan boleh mengehadkan kekuatan di lantai pelvik anda dan menyebabkan gejala yang tidak diingini.

     

    Risiko dan Alternatif Selamat untuk Kesihatan Miss V

    Penggunaan ubat tradisional yang mengandungi herba juga sebenarnya boleh menimbulkan risiko jangkitan jika produk tersebut diletakkan di dalam Miss V. Sementara minuman kesihatan yang berasaskan kacip fatimah dan manjakani kemungkinan mengandungi hormon estrogen atau berpotensi meningkatkan tahap estrogen wanita, boleh memberi manfaat dalam jangka masa panjang. Walaupun begitu, perlu diingatkan bahawa produk yang mengandungi hormon boleh meningkatkan risiko kanser.

     

    Dr Shaharom Sulaiman (Pakar Estetik Klinik Dr Shah) menyatakan adalah sukar untuk memastikan semua produk mengetatkan vagina mampu memberikan kesan 100 peratus kerana bahan yang digunakan adalah tidak diketahui sepenuhnya.

     

    “Perubatan tradisional juga tidak mengukur tahap keberkesanan sesuatu rawatan. Jadi pengguna tidak tahu tahap keberkesanan sesuatu produk sama ada sesuai atau tidak dengan tubuh seseorang.” “Namun begitu, ada kaedah untuk membantu wanita yang mengalami sindrom kelonggaran faraj iaitu dengan menggunakan rawatan laser untuk mengembalikan keremajaan dinding vagina dan mengetatkannya kembali,” katanya. Tambahan lagi, di Malaysia rawatan untuk mengetatkan Miss V dengan pembedahan boleh mencapai kadar RM12000 dan RM15000 manakala untuk laser dalam kadar RM6000 dan RM10000, yang mana bukan semua orang mampu menjalankannya. Oleh itu, jalan selamat dan lebih sihat yang sering disarankan adalah untuk melakukan senaman Kegel.

     

    Senaman Kegel ialah senaman untuk menguatkan otot pelvik yang terletak dibahagian Miss V wanita.

    Senaman Kegel juga dikenali sebagai senaman kemut sangat bagus untuk:

    1. Mengetatkan pembukaan ruang faraj yang renggang dan longgar.
    2. Membantu wanita mengatasi masalah mengawal kencing.
    3. Menghalang angin daripada masuk ke dalam vagina dan menyebabkan kentut vagina.
    4. Meningkatkan kualiti dan mengintimkan hubungan seks suami isteri.
    5. Menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan risiko koyakan perinium semasa bersalin.

     

    Seperti senaman biasa, semestinya senaman Kegel juga mempunyai alat bantuan untuk menambah keberkesanannya iaitu dipanggil Kegel Balls (juga dikenali sebagai Ben Wa Balls). Alat ini direka khas untuk membantu anda mengenal pasti dan menguatkan otot lantai pelvik dengan betul. Di Douxy kami juga menyediakan alat senaman Kegel yang bukan sahaja boleh membantu anda untuk senaman kemut tetapi juga untuk mempelajari self pleasure anda sendiri. Ia disertakan bersama peranti pengawal untuk memudahkan penggunaannya. Dengan menggunakan pelincir, ia dimasukkan ke dalam faraj dan anda perlu menahan alat tersebut daripada terjatuh dengan mengetatkan dinding Miss V anda. Senaman ini akan memberi kesan dalam masa antara 8 – 12 minggu, yang penting mestilah dilakukan dengan konsisten. Jangan lepaskan peluang dan dapatkan alat bantuan senaman ini dengan harga istimewa! Kami menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk tempoh terhad. Gunakan kod promo 'KEGAL4U' semasa pembayaran di laman web kami.

     

     

    Langkah mudah untuk melakukan senaman kegel menggunakan kegel balls adalah seperti berikut:

    • Baring dalam keadaan selesa sambil masukkan bola kegel dengan perlahan, kemudian kemut otot lantai pelvik
    • Tahan kemutan otot pelvik dalam 5 ke 10 saat
    • Relaks otot dan rehat beberapa saat kemudian ulang
    • Amalkan rutin secara harian sedikit demi sedikit sehingga ulangan yang anda mampu (Contoh: 3 set, ulang 10 kali).

     

     

     

    Cara untuk mengeluarkan bola kegel daripada Miss V:

    • Selesakan diri anda (sama ada bercangkung atau baring)
    • Letakkan pelincir dikawasan Miss V
    • Keluarkan bola kegel dengan menarik tali secara perlahan-lahan

     

    Perlu diingatkan, adalah sangat penting untuk menjaga kebersihan alat senaman kegel setiap kali selepas menggunakannya. Bola Kegel yang tidak dijaga dengan baik boleh membawa risiko kepada jangkitan kuman dan keradangan.

    Berikut adalah cara untuk membersihkan dan menyimpan bola Kegel dengan baik:

     

    1. Basuh bola Kegel dengan air panas dan sabun antibakteria.
    2. Bilas bersih bola kegel sepenuhnya dan pastikan tiada lebihan air sabun yang tertinggal.
    3. Keringkan bola Kegel dengan tuala bersih atau air-dry sehingga kering.
    4. Simpan semula bola Kegel di dalam bekas yang bersih

     

    Secara keseluruhan, terdapat pelbagai kaedah untuk mengetatkan faraj dan petua tradisional boleh dilakukan. Walaubagaimanapun, kaedah yang paling berkesan adalah melalui senaman Kegel. Oleh itu, wanita yang menghadapi masalah faraj yang longgar tidak perlu malu dan disarankan untuk mendapatkan nasihat serta rawatan yang tepat dari pakar kesihatan.

    Di Douxy juga kami sangat menilai dan menghargai keterbukaan anda untuk sama-sama menjaga dan mempelajari mengenai kesihatan seksual dengan cara yang baik untuk kesejahteraan dan kebaikan bersama.

     

     

     Rujukan: Sahib, S. Z. (2018, January 31). Senaman kegel lebih selamat. Harian Metrohttps://www.hmetro.com.my/hati/2018/01/308679/senaman-kegel-lebih-selamat

     

    RELATED ARTICLES